READ IT
FEEL IT
LEARN IT
AND ADAPT IT!!!hik3..juz kiddin
"Adalah sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Begitu juga perempuan yang akan dipinang sunat juga melihat terlebih dahulu kepada lelaki yang akan meminangnya.
Namun begitu, konsep perkahwinan sebenarnya lebih memberi penekanan kepada lelaki . Kerana menurut praktikal dan teorinya pun memang lelakilah yang mencari bakal isteri dan menghantar peminangan serta melamar wanita untuk dijadikan isteri. Justeru itu, lelaki mestilah memilih calon isterinya dengan cara beradab dan sopan, iaitu dengan melalui proses peminangan terlebih dahulu.
Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki memilih bakal isterinya yang sesuai bagi mereka, disamping itu wanita juga bebas samada untuk menerima lamaran lelaki atau menolaknya berdasarkan alasan yang diharuskan syarak , bukan tindakan nafsu dan perasaan.
"Seseorang wanita itu dikahwin i kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama, nescaya kamu akan selamat"
Dalam maksud hadis tersebut, Nabi manggalakkan umatnya supaya mengutamakan pemilihan bakal isteri atas dasar agama, kerana dengan agama seseorang itu akan selamat dalam erti kata yang sebenarnya.
Untuk tujuan tersebut, Islam menekankan pemilihan calon isteri yang beragama. Di mana seseorang lelaki yang memilih bakal isteri yang solehah dan baik akan dapat menjamin kebahagiaan rumahtangga yang sebenarnya. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan Nasa'i, yang bermaksud:
"Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan, dan sebaik-baik keseronokan itu adalah wanita solehah"
Justeru itulah pemilihan bakal isteri mestilah mengikut landasan syara'. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam), dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki beriman lebih baik daripada lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)"
(Surah al-Baqarah ayat 221)
Namun begitu Islam tidak sekali-kali tidak menolak dan tidak mengenepikan faktor sampingan lain seperti kecantikan, harta, keturunan dan sebagainya. Namun asas utama yang dikehendaki oleh Islam ialah agama dan pegangan aqidah seseorang bakal isteri. Sebagai contohnya, sekiranya seseorang wanita itu tidak mempunyai pegangan aqidah yang kukuh, mereka akan mudah terdorong kepada maksiat dan mengabaikan tanggungjawabnya.
Begitu juga dengan kecantikan semata-mata boleh membawa kepada kemusnahan rumahtangga dan lagipun kecantikan itu tidak akan berkekalan. Sebagaimana sabda Rasulullah riwayat Ibnu Majah yang bermaksud:
"Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini wanita kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang hitam, tetapi beragama, adalah lebih baik"
Dalam konteks lain, Nabi Muhammad saw juga menggalakkan umatnya supaya mengahwini dan memilih wanita yang memiliki sifat lemah-lembut, penyayang dan dapat melahirkan anak, sebagaimana hadis riwayat an-Nasa'i yang bermaksud:
"Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan anak, sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai"
No comments:
Post a Comment